Jumaat, 29 Mei 2009

Futsal Jiran Muda TTGI

Jiran Muda TTGI, akan mengadakan satu pertandingan futsal untuk remaja TTGI.
Pertandingan yang dijadualkan berlangsung pada 6hb Jun 2009, akan mempertandingkan
dua katogeri.
 
1. Untuk remaja berumur 21 tahun dan kebawah
 
2. Untuk remaja 17 tahun dan kebawah.
 
Untuk remaja-remaja TTGI yang berminat, sila berjumpa dengan ahli jawatan kuasa Jiran Muda TTGI.
 
 
 

Ular Senduk @ Jalan Sama Gagah 18

25hb Mei, 2009

Pagi tadi jam 1.30 pagi saya mendapat panggilan talipon dari jiran berbangsa Cina (nama tak ingat) di jalan 18.
Seekor ular senduk yang panjang berukuran kurang lebih 4 kaki telah memasuki di salah satu rumah yang berdekatan dengan jiran yang berbangsa Cina ini.
Saya bergegas kesana & kemudian memanggil bantuan dari Pertahanan Awam Klang yang datang 1 jam kemudian (masalah tak tau jalan).
Ular yang lepas keluar itu hanya berjaya ditangkap 1 1/2 jam kemudian setelah anggota Pertahanan Awam bertungkus lumus mencari ular tersebut yang menyorok dibawah timbunan batu-bata di sebuah rumah kosong di jalan 18.
Ular tersebut mula di sedari oleh seorang jiran Melayu dari jalan yang sama (terlupa nak tanya nama), yang mana ketika itu ular tersebut berada di bawah kereta beliau. Beliau hanya menyedari apabila kucing perliharaan berliau seperti bergaduh di bawah kereta. Dan bila beliau
tunduk untuk melihat, seekor ular senduk yang telah kembang bersedia untuk menyerang kucing beliau.
Dia yang kemudiannya menyiram air panas ke ular tersebut yang menyebabkan ular tersebut lari ke tong sampah di rumah kosong berdepanan dengan rumah beliau..
MORAL : Berhati-hati bila keluar rumah. Pastikan tiada ruang untuk ular menyelinap masuk kerumah. Dengan cuaca yang panas sekarang ini, haiwan seperti ular ini akan keluar dari sarang beliau dan mencari tempat yang lebih sejuk.

mengantuk ni........